"Sumbangan anda, penyelamat nyawa"

Port Dickson: Persatuan Pesakit ‘Hydrocephalus’ Malaysia (PPHM) memerlukan dana bagi menampung perbelanjaan pesakit, terutama lampin pakai buang dan susu khas. Pengerusinya, Azah Hana Ahmad Azahari berkata, persatuan ini ditubuhkan tujuh tahun untuk mengumpul dana bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan.

“Kebanyakan pesakit kami adalah orang kurang upaya (OKU) terlantar dan ibu tidak dapat bekerja untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada pesakit. “Pesakit OKU terlantar ini pula memerlukan susu khas serta lampin pakai buang menyebabkan kos sara hidup mereka meningkat.

“Di sinilah peranan kami sebagai persatuan untuk membantu meringankan bebanan keluarga yang kurang berkemampuan selain membantu pesakit mengumpul dana untuk kos rawatan pesakit yang mencecah ribuan ringgit,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sumbangan daripada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9) di sini. baru-baru ini.

Bagaimanapun, Azah Hana berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai yang terjejas pendapatan. “Sebelum ini kami mengumpul dana melalui orang awam, syarikat korporat dan ibu bapa pesakit, namun, sejak pandemik melanda, semua terjejas dan tidak lagi mampu menyumbang kepada persatuan. “Kami juga mengadakan kempen derma RM1 untuk mengumpul dana, dan berharap lebih ramai yang akan turut sama membantu anak-anak syurga kami meneruskan kelangsungan hidup mereka,” katanya. Sumber

Jom Kita Derma

Jika anda mahu menyumbang demi meringankan beban keluarga yang mengalami kesulitan ini. Jom bersama PPHM, kita hulurkan dana kepada mereka melalui salah satu kaedah pembayaran mudah di bawah.

BAYAR SECARA SCAN QR CODE