Komuniti pesakit dan pengasuh pulmonari hipertensi di Malaysia.

PPHM ditubuhkan untuk memberi sokongan kepada pesakit-pesakit Pulmonari Hipertensi. Selain daripada itu, PPHM juga bertujuan memberi kesedaran kepada orang awam dengan menganjurkan hari kesedaran atau reruai.

Bersatu bergerak bersama.

Ilmu

Belajar topik-topik berkenaan PH: perubatan, gaya hidup, dan lain-lain.

Sokongan

Hidupan sebagai pesakit PH mungkin susah. Tetapi kita boleh berjuang bersama.

Pemerkasaan

Kongsikan pengalaman anda dengan pesakit lain, dan mengalakkan antara satu sama lain.

Pulmonari hipertensi merupakan penyakit kronik yang melibatkan paru-paru dan jantung.Pada mulanya pesakit akan mengadu cepat penat dalam melakukan aktiviti harian dan sukar bernafas akibat kekurangan oksigen. Dalam keadaan yang serius pesakit akan mudah pitam ,berdebar-debar dan kaki bengkak, lama kelamaan komplikasi dari penyakit ini adalah kegagalan jantung.

Pemeriksaan teliti untuk menentukan penyakit dengan menjalani pelbagai ujian darah, ekokardiogram dan kardiak katerization untuk menentukan diagnosis pulmonari hipertensi dan puncanya. Penyakit ini adalah tidak boleh disembuhkan dan rawatan perubatan khusus untuk mengurangkan simptom penyakit ini.Kos perubatan ini amat mahal.

Sokongan dari keluarga amat diperlukan dari segi emosi,kewangan dan psikologi untuk pesakit tidak merasa sedih atau putus asa.Pendidikan kesihatan mengenai penyakit ini juga perlu disampaikan oleh semua lapisan masyarakat kerana penyakit ini adalah penyakit Rare dan masih ramai tidak mengetahui kewujudan ini.

Tanya soalan, atau kirim salam.

Hubungi Kami