Senarai Ubat Pulmonari Hipertensi Generik

Ubatan pulmonari hipertensi adalah penting bagi setiap pesakit PH untuk mengawal simptom penyakit daripada merosot. Pesakit terpaksa bergantung 1-3 jenis kumpulan ubat PH dengan menanggung kos rawatan anggaran RM20 ribu sebulan (bergantung dengan jenis ubat di ambil). Bagi pesakit yang tidak mampu menanggung kos ubat, perlu memohon subsidi dari kerajaan untuk menampung ubatan Walaupun demikian, dengan subsidi yang didapat juga pesakit bayar kos ubat tinggi. Satu cara alternatif yang didapat pesakit membeli ubat PH generik.

Ubat generik ialah ubat yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat lain setelah tempoh paten yang diberikan kepada syarikat- syarikat yang mengeluarkan ubat original telah luput. Manakala ubat inovator (original ialah ubat yang dipatenkan oleh syarikat yang pertama menemui ubat tersebut.

UbatJenamaPengilangTempat beliHarga
BosentanTracleer (asal)Jannsen J&JHospital Malaysia tertentuSila rujuk pada hospital
BosentanSilkay (generik)UnisonMedispec MalaysiaRM36 per 125mg tablet
BosentanBosentas (generik)CiplaIndia (import sendiri)USD1.45 per 125mg tablet
BosentanBosenzer (generik)AprazerIndia (import sendiri)USD0.60 per 125mg tablet
Ambrisentan Volibris (asal)GSKHospital Malaysia tertentuSila rujuk pada hospital
Ambrisentan Endobloc (generik)CiplaIndia (import sendiri)USD3.40 per 10mg tablet,
USD2.20 per 5mg tablet
MacitentanOpsutan (generik)CiplaIndia (import sendiri)USD2.30 per 10mg tablet
SildenafilViagra (asal)PfizerHospital Malaysia tertentuSila rujuk pada hospital
SildenafilSildegra (generik)SandozFarmasi Malaysia tertentuRM15 per 100mg tablet
TadalafilCialis (asal)Lilly ICOSHospital Malaysia tertentuSila rujuk pada hospital
TadalafilLonfilis (generik)Standard Chem. & Pharm. Co., Ltd.Medispec Malaysia~RM8.63 per 20mg tablet
TadalafilTadigra (generik)NovugenFarmasi Malaysia tertentu~RM5.25 per 5mg tablet
TadalafilVidalista (generik)Centurion RemediesIndia (import sendiri)USD0.30 per 20mg tablet
SelexipagSelepeg (generik)MSN LABORATORIESIndia(import sendiri)USD1 per 200mcg tablet
Amaran:
Ubat generik berkemungkinan boleh mengalami kesampingan. Sila rujuk kepada doktor jantung anda untuk memulakan ubat tersebut.
Harga mungkin berubah dari semasa ke semasa.

Harga import dari India di atas tak termasuk harga penghantaran ke Malaysia

Sekiranya anda memerlukan pembantuan untuk mendapatkan ubatan generik dari Medispec atau India, sila hantar email kepada: pulmonaryhypertension.am@gmail.com

Ubat pulmonari hipertensi lain belum lagi ada pilihan generik.