Hipertensi pulmonari ataupun di dalam istilah perubatan dikenali sebagai (Pulmonary hypertension) adalah penyakit di mana seseorang itu mempunyai tekanan darah yang tinggi di dalam paru-paru. Tekanan darah yang normal di dalam paru-paru adalah 8 sehingga 20 mmHg ketika berada di dalam keadaan yang tenang. Hipertensi pulmonal adalah satu keadaan di mana apabila bacaan tekanan darah di dalam paru-paru mencapai 25 mmHg ketika rehat ataupun 30 mmHg ketika melakukan aktiviti fizikal.
Buat pengetahuan anda, sistem kitaran darah yang berada di dalam tubuh badan manusia boleh dibahagikan kepada sistem kitaran sistemik dan sistem kitaran pulmonari. Sistem kitaran sistemik merupakan sistem yang bermula daripada jantung dan pergi ke seluruh badan membawa darah segar yang mengandungi oksigen melalui saluran darah yang paling besar di dalam tubuh iaitu aorta. Kitaran ini kemudiannnya akan kembali ke jantung melalui dua saluran vena yang terbesar di dalam badan iaitu saluran (Superior vena cava) daripada kepala dan tangan, serta saluran (Inferior vena cava) yang menyalurkan baki darah yang kembali ke jantung daripada kaki dan bahagian bawah tubuh.
Sistem kitaran darah pulmonari pula ataupun (Pulmonary circulatory system) membawa darah yang mempunyai kadar oksigen yang rendah daripada jantung setelah diterima daripada kedua-dua vena cava kepada kitaran paru-paru. Paru-paru akan membekalkan oksigen kepada darah yang melalui saluran ini dan kemudiannya akan dihantar kembali kepada jantung. Arteri pulmonari merupakan satu-satunya arteri di dalam tubuh badan yang membawa bekalan darah yang mempunyai kadar oksigen yang rendah kerana ia berasal daripada keseluruhan tubuh badan. Manakala, saluran vena daripada paru-paru iaitu vena pulmonari merupakan satu-satunya saluran vena yang membawa bekalan darah yang mempunyai kandungan oksigen yang tinggi.
Sistem Pulmonari dan Sistem Jantung
Jantung dan paru-paru bekerjasama untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Jantung adalah otot yang terdiri daripada dua bahagian yang mengepam darah. Apabila darah yang terdeoksigenasi kembali dari seluruh badan, ia pertama kali masuk ke bahagian kanan jantung, yang mengepamnya ke paru-paru. Paru-paru mengambil karbon dioksida dari darah — yang dilepaskan oleh badan semasa anda menghembuskan — dan menggantinya dengan oksigen yang telah anda sedut.
Setelah darah mengambil oksigen, ia dianggap “ beroksigen ” lagi dan siap untuk pergi ke kawasan lain di badan. Darah kemudian bergerak dari paru-paru ke bahagian kiri jantung. Bahagian kiri jantung kemudian mengepam darah ke seluruh badan. Proses ini bermula sekali lagi dengan setiap degupan jantung.
Bahagian kanan jantung lebih kecil dan lemah daripada bahagian kiri kerana hanya mengepam darah melalui paru-paru — yang biasanya merupakan sistem tekanan rendah. Bahagian kiri jantung lebih berotot kerana harus mengepam darah ke seluruh badan, melawan graviti dan hingga ke kepala anda dan hingga ke jari kaki dan kembali lagi.
Bagaimana Pulmonari Hipertensi Terjadi?
Hipertensi pulmonal adalah keadaan yang berlaku apabila terdapat peningkatan tekanan darah sistem kitaran pulmonari lebih daripada tahap normal. Tekanan darah yang normal di dalam saluran arteri pulmonari adalah 8 hingga 20 mmHg ketika rehat seperti yang telah dinyatakan di atas. Apabila tekanan di dalam arteri mencapai tekanan 25 mmHg semasa rehat ataupun 30 mmHg, maka ia akan dikategorikan sebagai hipertensi pulmonari.Perkara utama yang boleh menyebabkan tekanan di dalam salur darah menjadi tinggi adalah kerana saluran di dalam arteri menjadi sempit.
Apakah symptom-simptom pulmonari hipertensi?
- Sesak nafas sama ada ketika duduk mahupun berbaring
- Mudah menjadi penat
- Sakit dada
- Degupan jantung yang laju
- Kesakitan terutamanya pada bahagian kanan abdomen
- Kurang selera makan
- Kepala berasa ringan atau pening
- Pitam atau pengsan
- Bengkak pada bahagian kaki
- Sianosis iaitu warna kebiru-biruan disebabkan oleh bahagian tubuh yang kurang mendapat oksigen
- Beberapa simptom lain yang jarang-jarang berlaku seperti berasa mual, muntah dan batuk-batuk kering ataupun berdarah.
Apakah rawatan untuk Pulmonari Hipertensi ?
Rawatan perubatan
- Ubat-ubatan yang diberikan kepada pesakit adalah ubat-ubatan yang bertindak ke atas otot-otot (Smooth muscle) salur darah yang mengawal diameter dan saiz yang membenarkan jumlah darah yang mengalir di dalam darah. Ubat-ubatan ini termasuklah (Prostaglandin), (Endothelial receptor antagonist) dan (Phosphodiesterase type 5 inhibitor(PDE)).
- Ubatan ini adalah hanya untuk membantu pesakit mengurangkan simpstom penyakit supaya pesakit dapat menjalani kehidupan harian penuh kualiti.
- Rawatan ubatan ini adalah sangat mahal dan pesakit terpaksa bergantung ubatan ini sepanjang hayat.Ubatan pulmonari hipertensi hanya terdapat di hospital terpilih sahaja dan tidak semua ubat ini ditanggung subsidi dari KKM.
Harapan sebagai pesakit Pulmonari Hipertensi:
Harapan sebagai pesakit ingin dapat menjalani kehidupan seperti orang normal .
Rawatan perubatan dapat ditanggung sepenuhnya oleh KKM dan mendapat bantuan subsidi untuk kos ubatan.Ini kerana antara dikalangan pesakit tidak mempunyai perkerjaan disebabkan masalah kesihatan.
Harus diketahui bahawa perawatan hipertensi paru paru secara ubat-ubatan bukanlah cara penyelesaian utama bagi penyakit ini.
Bagi langkah-langkah yang melibatkan pembedahan pula, ‘atrial septostomy’ digunakan untuk membuka ruang di antara ruang atrium kanan dan kiri di dalam jantung. Apabila ruang ini dibuka, darah akan mengalir daripada atrium kanan terus ke atrium kiri tanpa perlu melalui paru-paru yang sedang mengalami tekanan darah tinggi. Namun, prosedur ini akan menyebabkan kurang darah yang akan mendapat oksigen kerana ia tidak melalui paru-paru.
Pembedahan ‘pulmonary thromboendarterectomy’ pula adalah prosedur di mana darah beku yang terdapat di dalam saluran darah paru paru dikeluarkan jika tekanan darah tinggi berlaku di sebabkan oleh penyumbatan darah beku. Prosedur pembedahan ini merupakan satu prosedur yang dikategorikan sebagai major (besar) dan juga sukar.
Penyelesaian bagi masalah ini adalah dengan menjalani pembedahan transplan paru-paru. Paru-paru sihat yang didermakan akan di pindahkan kepada pesakit dan kebiasaannya akan melegakan masalah tekanan darah tinggi ini. Namun, pesakit akan perlu mematuhi prosedur-prosedur selepas transplan dan akan terdedah dengan komplikasi-komplikasi transplantasi. Jumlah purata (Survival rate) bagi pesakit yang menjalani prosedur ini adalah kurang lebih selama lima tahun.
Gejala Umum PH
Gejala umum PH yang paling biasa kelihatan pada pesakit PH ada sama keadaan pesakit yang mengalami penyakit lain, seperti asma atau penyakit paru obstruktif kronik ( COPD ). Oleh itu, mendiagnosis PH adalah sukar dan memerlukan pakar. Tanda-tanda pemeriksaan fizikal boleh merangkumi urat yang kelihatan atau membesar di bahagian leher, bunyi jantung yang tidak teratur atau bengkak di perut atau kaki dan kaki.
Berikut adalah gejala biasa terdapat dalam semua jenis PH (laporan peratusan gejala biasa terdapat dalam untuk hipertensi arteri paru ( PAH ) .
- 27% dilaporkan penat
- 19% dilaporkan pengsan / pening
- 25% dilaporkan sakit dada