Shunt Dan Kos Rawatan Pembedahan Shunt Di Malaysia

Ramai yang menganggap Hydrocephalus sukar untuk dirawat kerana kebanyakkan kes mereka melihat pesakit yang kepalanya sudah sangat besar. Hydrocephalus boleh dirawat dengan kaedah pembedahan memasang Shunt. Shunt ialah tiub khas yang dimasukkan ke otak (sistem ventrikel) dan mengalihkan pengaliran cecair serebrospinal ke bahagian lain badan seperti jantung dan kaviti peritoneal.

Shunt diperbuat daripada plastik khas yang lembut dan mudah dilenturkan.Rawatan shunt ini hanya dilakukan oleh pakar bedah otak dan kebiasannya tidak mengambil masa yang lama. Pesakit dibawa ke bilik bedah dan diberi bius sepenuhnya. Kulit kepala dan bahagian abdomen akan dicuci dengan antiseptic.

Torehan kecil di kulit kepala dilakukan, ini diikuti dengan tebukan lubang kecil di tengkorak. Pembedahan yang sama juga akan dilakukan di abdomen. Satu lubang kecil akan ditebuk. Satu hujung shunt akan dimasukkan ke ventrikel melalui lubang kecil ditengkorak. Kemudiannya shunt akan ditolak dan dimasukkan dibawah kulit sehingga ke lubang diabdomen dimana hujung shunt akan ditempatkan di ruang peritoneal.

Terdapat beberapa jenis Shunt dan berikut ialah anggaran kos bagi setiap jenis Shunt. Shunt sangat perlu untuk pesakit-pesakit Hydrocephalus. Dan kos rawatan shunt adalah berbeza.

Torehan kecil di kulit kepala dilakukan, ini diikuti dengan tebukan lubang kecil di tengkorak. Pembedahan yang sama juga akan dilakukan di abdomen.

VP Shunt

Shunt biasa selalunya disubsidi oleh kerajaan. Ada kes yang terpaksa membayar sendiri Shunt ini anggaran kosnya RM800 sahaja.

A ventriculoperitoneal (VP) shunt adalah satu teknik pembedahan yang mengurangkan tekanan otak yang disebabkan pengumpulan cecair CSF. VPS adalah satu prosedur pembedahan untuk merawat sakit hydrocephalus. Keadaan ini berlaku apabila CSF berkumpul secara berlebihan dalam ventricle otak. CSF menjaga otak dari tekanan dan kecederaan dari luar dan dalam tengkorak kepala.

Cecair ini juga berperanan sebagai satu system penghantaran nutrient yang diperlukan otak dan juga membawa bahan kumuh dari otak. Cecair ini akan menyelaputi otak dan seterusnya akan diserap ke dalam darah. Bila perjalanan cecair ini diganggu , perkumpulan cecair ini boleh menghasilkan tekanan ke atas tisu otak. Doktor akan meletakkan VPS dalam ventricle otak untuk mengalirkan cecair CSF keluar.

Programmable Shunt

Programmable Shunt berharga anggaran RM3650 seunit dan perlu dibayar oleh ibu bapa.
Programmable Shunt berharga anggaran RM3650 seunit dan perlu dibayar oleh ibu bapa.

Programmable Shunt sama seperti VPS cuma Shunt yang ini boleh dilaraskan tekanannya menggunakan magnet dari luar selepas pembedahan dilakukan. penyelarasan boleh dilakukan tanpa membuka jahitan atau mengeluarkan valve tersebut. Kos untuk Programmable shunt antara RM3650 sehingga RM3800 seunit.

Silver Coated Programmable Shunt

Ini adalah gambar sebenar Silver Coated Programmable Shunt yang dikeluarkan dari kepala salah seorang pesakit berusia 7 tahun. Siver Coated Programmable Shunt ini berharga RM8000 seunit. Dan tidak ramai pesakit di Malaysia yang menggunakan Shunt ini.

Berfungsi seperti Programmable Shunt biasa cuma bezanya Shunt ini diperbuat dari Silver. Ada kes pesakit tidak sesuai dengan plastik atau silicon dan perlu menggunakan silver coated programmable shunt ini sebagai pengganti. Kos bagi Silver Coated Programmable shunt pula adalah sekitar RM8000 seunit.

Programmble Shunt hanya akan disarankan untuk kes-kes tertentu sahaja dan hanya pakar yang akan menyarankan penggunaan Shunt ini. Kos rawatan di hospital adalah percuma untuk pemegang kad OKU dan tanggungan kerajaan. Namun Programmable shunt ialah termasuk dalam kategori alatan dan perlu dibayar oleh semua.

Kos rawatan di hospital kerajaan maximum hanya RM500 sahaja. Jadi ibu bapa tidak perlu takut dengan berita-berita yang kata kos rawatan sehingga 40k atau lebih lagi tu. Sekiranya kos rawatan tidak mampu dibayar, mereka akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Sosial Perubatan di hospital tempat dirawat dan mereka akan membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan.

Setiap ibu yang mempunyai anak yang memakai shunt memang berharap agar tiada lagi shunt revision. Setiap hari kami akan berasa risau, tertanya-tanya sampai bilakah shunt yang ditanam itu akan bertahan. Setiap kali mendengar berita kegagalan atau jangkitan pada Shunt, kami akan mula risau dan sedih melihat apa yang dilalui oleh anak kami.